top of page

Perkhidmatan Kami

Di THE PERSADA, segalanya adalah mengenai gubahan bunga samada bunga segar mahupun bunga hiasan (tiruan / artificial ).

Gubahan Bunga Untuk Pejabat & Lobi Bangunan

Gubahan bunga segar berbentuk posy, long & low ataupun side arrangement di dalam pasu yang sesuai dan menarik mengikut kesesuaian tempat di pejabat dan lobi bangunan. Bunga segar dari jenis yang boleh bertahan samada untuk tempoh penggunaan 5 hari bekerja dalam 1 minggu ataupun pertukaran 2 kali dalam tempoh 1 minggu. Sila hubungi untuk keterangan lanjut dan sebut harga (quotation).

Jambangan Bunga

(Flower Bouquet)

Jambangan bunga segar atau flower bouquet untuk cenderahati dan hadiah. Kami tidak menyediakan khidmat penghantaran, melainkan ianya ditempah bersama pakej gubahan bunga segar majlis sebagai hadiah kepada kenamaan. Sila hubungi untuk keterangan lanjut dan sebut harga (quotation).

Pakej Gubahan Bunga Segar Untuk Majlis

Gubahan bunga segar pelbagai jenis mengikut citarasa untuk hiasan di sepanjang pentas majlis, rostrum dan meja kopi tetamu kenamaan. Disediakan dalam bentuk pakej untuk satu majlis. Sila hubungi untuk keterangan lanjut dan sebut harga (quotation).

Gubahan Bunga Segar Untuk Hantaran Perkahwinan / Pertunangan

Gubahan bunga segar untuk dulang hantaran perkahwinan / pertunangan sahaja. Khidmat gubahan bunga segar adalah termasuk dengan sewaan dulang hantaran dan tepak sireh (jika tidak menggunakan gubahan sireh junjung). Sila hubungi untuk keterangan lanjut.

Perhatian: THE PERSADA tidak menyediakan khidmat tajaan gubahan bunga segar untuk mana-mana organisasi dan acara.

© 2017 oleh THE PERSADA. Hakcipta terpelihara.

bottom of page